Topik 1 : Pendaftaran + Pengaktifan + Log Masuk



1.1.1 Layari laman web untuk mendaftar.


Langkah Pertama

1. Anda perlu melayari laman web https://onpay.my/register untuk mendaftar isi semua maklumat di dalam borang tersebut

2. Selepas itu, anda akan dibawa ke halaman Borang Pendaftaran OnPay

Another alt text

1.1.2 Pilih Subdomain


Panduan Memilih Subdomain

1) Subdomain mestilah unik.

2) Minimum 3 karakter huruf.

3) Maksimum 30 karakter huruf.

4) Nama subdomain hendaklah mengandungi kombinasi abjad, nombor, dash dan underscore sahaja.

Another alt text
Cadangan Pemilihan Subdomain

1) Nama Syarikat anda

2) Nama Produk anda

3) Nama Bisnes anda

Contohnya, sekiranya anda mengisi "carimakan" didalam kotak subdomain, maka alamat url anda ialah carimakan.onpay.my

PERINGATAN

1) Subdomain adalah unik. Anda tidak dibenarkan mendaftar subdomain yang sama dengan subdomain yang telah didaftarkan.

2) Anda hanya dibenarkan mendaftar satu subdomain bagi setiap akaun.

3) Subdomain tidak boleh di tukar selepas pendaftaran.

Sebarang kesilapan dalam pengisian borang akan dipaparkan kesilapan yang berlaku. Sila rujuk paparan tersebut untuk memperbetulkan kesilapan anda.

1.1.3 Pilih Emel


Panduan Mengisi Emel

1) Hanya emel yang sah format sahaja diterima:

Format emel: nama_emel@domain.suffix

Contoh emel : ahmad@gmail.com

2) Hanya emel yang belum didaftarkan sahaja yang dibenarkan. Emel yang telah wujud di dalam pangkalan data tidak akan dibenarkan untuk digunakan.

Another alt text
Info

Anda juga boleh menggunakan emel sebagai ID Admin semasa proses Log Masuk (Log In) sekiranya anda terlupa ID Admin anda.

PERINGATAN

Sekiranya anda telah memilih "ahmad@gmail.com", maka emel notifikasi tentang pendaftaran akaun akan dihantar kepada emel tersebut. Anda perlu mengakses emel ini demi mengesahkan pendaftaran akaun anda.

1.1.4 Pilih ID dan Kata Laluan


Panduan Memilih ID dan Kata Laluan

ID:

1) ID mestilah unik.

2) ID Admin hendaklah mengandungi kombinasi abjad, nombor, dash dan underscore sahaja.

3) Demi tujuan keselamatan, anda dinasihatkan untuk memilih ID yang hanya diketahui oleh anda.

4) Hanya 30 kombinasi karakter sahaja yang dibenarkan.

Kata Laluan:

1) Anda dibenarkan memilih apa sahaja kombinasi kata laluan yang anda inginkan.

2) Demi tujuan keselamatan, anda dinasihatkan untuk memilih Kata Laluan yang hanya diketahui oleh anda.

3) Hanya 30 kombinasi karakter sahaja yang dibenarkan.

4) Sila isikan kombinasi kata laluan yang sama demi tujuan pengesahan di kotak pengesahan kata laluan.

Another alt text
PERINGATAN

*JANGAN KONGSI ID DAN KATA LALUAN KEPADA PIHAK KETIGA.*.

1) ID adalah unik bagi subdomain anda. ID yang wujud di dalam subdomain lain masih boleh digunakan bagi subdomain anda kerana ID didaftarkan unik di bawah setiap subdomain.

2) Anda boleh mengubah ID Admin anda selepas Log Masuk (log in) dan mengakses "Profil Akaun" melalui menu "Tetapan" di bahagian atas kanan menu navigasi (navbar).

3) Kata Laluan juga boleh diubah melalui menu "navbar" "Tetapan" > "Tukar Kata Laluan" di bawah menu "Profil Akaun".

1.1.5 Isi Maklumat Profil Diri


Panduan Mengisi Maklumat Profil Diri

Nama:

1) Anda dibenarkan untuk mengisi apa-apa sahaja kombinasi karakter yang diinginkan.

Nombor HP:

1) Nombor HP hanya akan menerima kombinasi nombor, dash (-) dan tambah (+).

2) Sila masukkan Nombor HP mengikut salah satu format di bawah:

i) prefix+suffix 0123456789

ii) prefix+(-)+suffix012-3456789

iii) "Kod Negara"+(-)+prefix+suffix6012-3456789

iv) (+)+"Kod Negara"+(-)+prefix+suffix+6012-3456789

Jantina:

Sila pilih antara Lelaki atau Perempuan.

Tarikh Lahir:

Sila tekan kotak input atau ikon kalendar untuk memaparkan kalendar bagi memudahkan proses pemilihan tarikh. Format tarikh yang terbaik adalah seperti berikut: "30 Mac 2016"

Another alt text
Cadangan pengisian Profil Pengguna:

1) Nama anda perlulah NAMA PENUH ANDA untuk tujuan rasmi Syarikat seperti Invois, email dan lain-lain.
2) Pastikan No. HP anda boleh dihubungi jika terdapat masalah berkenaan akaun anda jika tidak dapat

PERINGATAN

1) Anda boleh mengubah maklumat profil anda selepas Log Masuk (log in) dan mengakses "Profil Akaun" melalui menu "Tetapan" di bahagian atas kanan menu navigasi (navbar).

1.1.6 Pengesahan spam/robot (reCAPTCHA)


Panduan Mengenai Pengesahan SPAM/Robot (reCAPTCHA)
  • Sila tandakan kotak "Saya Bukan Robot" untuk memaparkan soalan pengesahan.
  • Jawab soalan dengan betul untuk mengesahkan bahawa anda bukan robot/spam.
  • Another alt text Another alt text

    1.1.7 Klik Butang Daftar


    Info

    Setelah butang "Daftar" ditekan, anda akan dibawa kepada halaman pengesahan penerimaan pendaftaran. Anda akan menerima mesej seperti berikut:

    Another alt text

    Klik untuk melihat gambar

    1.2.1 Semak Emel Bertajuk "Pendaftaran Akaun OnPay"


    Info

    1. Sila semak di emel anda emel bertajuk "Pendaftaran Akaun OnPay"

    2. Sila buka emel dari "admin@onpay.my" yang bertajuk "Pendaftaran Akaun OnPay".

    Another alt text Another alt text

    1.2.3 Pengaktifan Akaun OnPay Berjaya


    Info

    Pengaktifan Akaun anda berjaya apabila keluar mesej seperti di dalam Gambar Pengaktifan Akaun

    Another alt text

    1.3.1 Layari Halaman Log Masuk Akaun anda


    Info

    Terdapat dua cara untuk melayari halaman log masuk untuk akaun anda:
    1) Layari halaman utama anda "subdomain_anda.onpay.my"
    i- Contoh: demo.onpay.my
    ii- Tekan butang "Admin" di bahagian atas kanan halaman utama anda.

    2) Layari "subdomain_anda.onpay.my/admin"
    Contoh: demo.onpay.my/admin
    Anda akan dibawa ke halaman seperti di bawah:

    Another alt text Another alt text

    1.3.2 Masukkan ID Admin dan Kata Laluan


    Info

    Letakkan ID dan Kata Laluan di ruangan "ID Admin" dan "Kata Laluan".

    Another alt text

    1.3.3 Log Masuk Akaun OnPay Berjaya


    Info

    Sekiranya proses log masuk berjaya, anda akan dibawa ke halaman Dashboard Admin seperti di Gambar 1:

    Sekiranya ralat "ID atau Kata Laluan salah" terpapar seperti di Gambar 2, sila:
    1.Isikan semula ID dan Kata Laluan
    2.Tekan hyperlink Terlupa Kata Laluan

    Another alt text

    Gambar 1

    Another alt text

    Gambar 2

    Top