Polisi Kerahsiaan

Pengenalan

Penjagaan maklumat peribadi pengguna merupakan perkara penting dan menjadi keutamaan pihak kami, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Pihak kami akan menyimpan maklumat peribadi anda selama mana yang diperluan untuk kegunaan yang berkaitan dengan tujuan pengambilan maklumat tersebut.

Penggunaan OnPay atau kami di dalam polisi ini merujuk kepada OnPay Solutions Sdn Bhd.

Maklumat Peribadi Yang Diambil

Untuk menggunakan perkhidmatan kami, anda perlu memasukkan maklumat peribadi anda semasa pendaftaran akaun seperti berikut:

  1. Nama penuh anda
  2. Alamat emel anda
  3. Nombor telefon bimbit anda
  4. Jantina anda
  5. Tarikh lahir anda

Anda boleh mengemaskini maklumat peribadi anda pada bila-bila masa dengan membuka bahagian Profil Akaun di dalam akaun OnPay anda.

Keselamatan Maklumat Peribadi

Maklumat peribadi anda disimpan di dalam keadaan selamat, di mana capaian kepada maklumat peribadi dihadkan menggunakan kata laluan. Selain itu, pihak kami telah mengambil langkah-langkah yang diperlukan dari segi fizikal, teknikal dan organisasi untuk melindungi dan menjaga kerahsiaan maklumat peribadi anda.

Pendedahan Maklumat Peribadi

Pihak kami tidak akan menyerahkan maklumat peribadi anda kepada organisasi lain, kecuali pihak ketiga yang terlibat dalam proses pembayaran langganan perkhidmatan kami seperti pembekal gerbang pembayaran atas talian. Selain itu, jika terdapat permintaan daripada pihak penguasa mengikut saluran undang-undang, pihak kami akan menyerahkan maklumat peribadi anda.

Maklumat Komputer

Semasa anda melayari laman web kami, maklumat berikut direkod secara automatik oleh server kami:

  1. Alamat IP anda
  2. Jenis browser yang anda gunakan
  3. Laman web yang telah anda kunjungi sebelum laman web kami

Maklumat ini digunakan untuk tujuan analisis dalam usaha pihak kami untuk meningkatkan mutu laman web dan perkhidmatan kami.

Pindaan Pada Polisi Kerahsiaan

Pihak kami berhak melakukan pindaan pada polisi kerahsiaan ini pada bila-bila masa. Sebarang pindaan pada polisi kerahsiaan ini akan diterbitkan pada laman web kami. Anda dinasihatkan untuk sentiasa menyemak polisi kerahsiaan ini untuk mendapat maklumat yang terkini.