Adakah caj setup dikenakan untuk setiap kali langganan?
Tidak, caj setup hanya dikenakan sekali sahaja untuk langganan pertama.
Adakah caj transaksi dikenakan untuk setiap transaksi dalam sistem?
Tiada caj transaksi dikenakan untuk sebarang transaksi dalam sistem.
Adakah sistem tersedia dengan fungsi payment processor?
Tidak, tetapi sistem menyediakan sokongan integrasi untuk payment processor seperti PayPal, Billplz, senangPay, iPay88 dan MOLPay.
Jika langganan diperbaharui sebelum langganan tamat, bilakah tarikh langan akan bermula?
Tarikh langganan baharu akan bermula selepas tarikh langganan sedia ada tamat.
Bolehkah saya naik taraf pakej langganan yang sedia ada?
Ya, pakej langganan sedia ada boleh dinaik taraf pada bila-bila masa. Harga naik taraf dikira secara prorata berdasarkan baki hari dan beza harga antara 2 pakej.
Bolehkah saya turun taraf pakej langganan yang sedia ada?
Maaf, pakej langganan sedia ada tidak boleh diturun taraf.
Adakah saya perlu top up kredit SMS?
Perlu sekiranya anda mahu menghantar notifikasi atau hebahan SMS kepada pelanggan.
Berapakah harga kredit SMS?
Harga kredit SMS boleh didapatkan pada serendah RM 0.074 per kredit.
Bolehkah nama subdomain akaun ditukar selepas pendaftaran?
Nama subdomain tidak boleh ditukar selepas pendaftaran.
Apakah pakej yang sesuai untuk saya?
Pakej permulaan yang kami syorkan kepada anda ialah Pakej Lite. Anda boleh menaik taraf pakej langganan pada bila-bila masa, bergantung kepada keperluan dan kesesuaian perniagaan anda.