Bahagian 8.1 : Memahami Jadual Senarai Jualan (Lokasi: Senarai Prospek Nama)


senarai kumpulan prospek

8.1.1 Penerangan Fungsi Paparan (Paparan Jenis + Carian)

gambar borang papar

1) PAPARAN

Fungsi paparan adalah untuk menapis senarai jualan mengikut status jualan.

highlight paparan

Langkah untuk menapis jualan

  1. Tekan dropdown pilihan tapisan paparan. (kotak merah)

  2. Pilih status jualan yang ingin dipaparkan. Antara jenis status paparan yang ada adalah:
    1. Semua jualan
    2. Jualan yang telah disahkan
    3. Jualan yang belum disahkan
    4. Jualan yang telah dibatalkan
    5. Jualan yang telah dibuat penghantaran
    6. Jualan yang belum dibuat penghantaran
    7. Komisyen yang telah dibayar
    8. Komisyen yang telah disahkan
    9. Komisyen yang belum disahkan

  3. Setelah pilihan dibuat, senarai akan disusun (refresh) kembali mengikut kepada pilihan anda.
senarai jualan yang telah di filter

2) Tapisan / Carian

Fungsi tapisan adalah untuk menapis senarai jualan dengan menggunakan kata kunci. Dalam kata lain, fungsi tapisan adalah juga fungsi carian. Terdapat dua faktor utama dalam fungsi carian ini, iaitu kategori tapisan dan kata kunci tapisan.
tapisan

Langkah untuk menapis jualan

  1. Pilih kategori tapisan menggunakan menu pilihan (kotak merah) seperti di bawah.
  2. Isi kata kunci carian/tapisan dalam kotak input (kotak hijau)
  3. Tekan "ENTER" atau tekan butang tapisan

8.1.2 Penerangan Kolum Jadual

gambar borang papar

Maklumat kolum

  1. Indeks
    - Kolum ini berfungsi untuk mengindekskan (membilang) senarai rekod yang dipaparkan.
    - Kolum ini juga mempunyai checkbox () untuk menyenangkan proses pengurusan rekod secara pukal.

  2. Pelanggan
    - Kolum ini menyenaraikan maklumat pelanggan seperti:
    1. Nama
    2. Emel
    3. No. Telefon
    4. Alamat
    5. Maklumat Tambahan - (maklumat tambahan boleh ditambah kepada borang semasa proses pembinaan borang)

  3. Pembelian
    - Kolum ini menyenaraikan maklumat pembelian seperti:
    1. Nombor Invois
    2. Kuantiti
    3. Jumlah Nilai
    4. Senarai Pembelian
    5. Fail Invois/Resit

  4. Pembayaran
    - Kolum ini menyenaraikan maklumat pembayaran seperti:
    1. Medium Pembayaran
      1. Medium pembayaran SenangPay / MOLPay / iPay88 / lain-lain diwakili ikon
      2. Medium pembayaran Paypal diwakili ikon
      3. Manakala pembayaran terus kepada bank adalah diwakili oleh ikon
        - Terdapat dua kaedah pemindahan dana iaitu melalui "perbankan internet" atau melalui "mesin deposit tunai".
    2. Masa Pembayaran
      - Diwakili dalam format jam/minit/saat dan waktu hari (AM/PM).
      - Contoh : 12:20:43 AM
    3. Tarikh Pembayaran
      - Diwakili dalam format hari-bulan-tahun.
      - Contoh : 27-05-2015
    4. Log/Bukti Pembayaran
      - Bagi penggunaan medium pembayaran atas talian online seperti SenangPay/iPay88/MOLPay/perbankan internet, rekod log pembayaran disimpan dalam pautan di tepi ikon
      - Bagi penggunaan mesin pendeposit tunai, pelanggan diminta untuk memuat naik bukti pemindahan dana iaitu resit. Resit ini dipaparkan dalam pautan di tepi ikon

  5. Jualan
    - Kolum ini menyenaraikan maklumat jualan seperti:
    1. Jenis Jualan
    2. Cara Jualan
      Dua kategori jualan utama iaitu :
      1. Direct - iaitu terus.
      2. Affiliate - Melalui link yang dipromosikan oleh ejen affiliate.
        Maklumat affiliate yang dipaparkan:
        1. ID Ejen
        2. Nilai Komisyen
        3. MENUNGGU / DISAHKAN Status Komisyen Ejen
        4. / Pengesahan Komisyen

  6. Info
    - Kolum ini menyenaraikan maklumat rekod invois / pengisian borang seperti:
    1. Masa Jualan
    2. Tarikh Jualan
    3. Alamat IP
    4. Bilangan Follow Up
    5. URL Status - URL Status adalah URL yang diberikan kepada pelanggan untuk track status pembelian pelanggan. Sila berikan url ini sekiranya pelanggan kehilangan url tracking pembeliannya.

  7. Status Jualan
    Anda perlu menekan butang pengesahan jualan di kolum seterusnya untuk mengubah status jualan Status Jualan diwakili oleh:
    1. MENUNGGU
    2. DISAHKAN
    3. DIBATALKAN

  8. Tindakan
    Antara tindakan pengurusan rekod jualan yang ada adalah:
    1. Kemaskini Rekod Jualan
      - Anda akan dibawa kepada halaman pengemaskinian rekod.
    2. Sahkan Jualan
      - Status Jualan akan berubah kepada DISAHKAN
    3. Batalkan Jualan
      - Status Jualan akan berubah kepada DIBATALKAN
    4. Pulihkan Jualan
      - Status Jualan akan kembali kepada MENUNGGU
    5. Follow Up Follow UP
      - Butang ini akan menghantar notifikasi untuk membuat pembayaran kepada pelanggan.
    6. Notifikasi Notifikasi pengesahan jualan
      - Butang ini akan menghantar notifikasi bahawa jualan telah disahkan kepada pelanggan.
    7. Jana Label
      - Butang ini akan menjana label penghantaran mengikut jenis borang kurier yang ada.
      - Maklumat label boleh dikemaskini di bahagian Tetapan > Label Penghantaran.
    8. Kemaskini Maklumat Penghantaran
      - Sila isikan maklumat penghataran seperti Nombor Tracking kurier/parcel.