gambar navbar dropdown menu senarai


Mesej Berjaya/Ralat Maklum Balas Butang Simpan
Apabila anda membuat perubahan, dan menekan butang untuk menyimpan, anda akan menerima mesej maklum balas menandakan simpanan anda berjaya atau tidak berjaya.
- Simpanan berjaya.
- Mesej seperti di bawah akan dipaparkan sekiranya simpanan berjaya.
simpanan berjaya
- Simpanan tidak berjaya.
- Mesej ralat akan dipaparkan sekiranya berlaku sebarang ralat. Sila rujuk kepada mesej ralat untuk keterangan tentang masalah yang berlaku.

Bahagian 3.1 : Produk (Lokasi: Senarai Produk)

senarai produk

3.1.1 : Tambah Rekod Produk Tambah Produk Baru

1) Tekan butang Tambah Produk Baru
- Lokasi : Atas Kiri halaman (di bawah tajuk "Senarai Produk").

Borang tambah produk

2) Isi Maklumat Produk.
- Pastikan semua kotak bertanda * diisi dengan lengkap.
- Kod Produk adalah Kata Kunci Unik. Pastikan anda mengisi kod produk berlainan bagi setiap produk.

3) Tekan Butang setelah selesai mengisi maklumat produk anda.

4) Produk terbaru anda akan berada didalam Senarai Produk sebagai # 1.
- Senarai produk adalah disusun mengikut kepada masa produk ditambah secara menurun. (Paling Baru Paling Lama) senarai produk

3.1.2 : Kemaskini Rekod Produk

1) Cari baris (row) produk yang ingin dikemaskini

2) Tekan butang untuk mula kemaskini.
- Lokasi : pada lajur "Tindakan" di hujung baris.
Borang tambah produk

2) Isi Maklumat Produk.
- Pastikan semua kotak bertanda * diisi dengan lengkap.
- Kod Produk adalah Kata Kunci Unik. Pastikan anda mengisi kod produk berlainan bagi setiap produk.

3) Tekan Butang setelah selesai mengisi maklumat produk anda.

3.1.3 : Padam Rekod Produk

1) Cari baris (row) produk yang ingin dikemaskini

2) Tekan butang untuk memadam rekod.
- Lokasi : pada lajur "Tindakan" di hujung baris.
senarai produk

3) Tekan Butang pada popup yang keluar untuk mengesahkan proses memadam rekod.
popup padam produk

Bahagian 3.2 : Kupon (Lokasi: Senarai Kupon)

senarai kupon

3.2.1 Tambah Rekod Kupon Tambah Kupon Baru

1) Tekan butang Tambah Kupon Baru
- Lokasi : Atas Kiri halaman (di bawah tajuk "Senarai Kupon").

Borang tambah kupon

2) Isi Maklumat Kupon. (Buka untuk penjelasan)

  1. Pastikan semua kotak bertanda * diisi dengan lengkap.


  2. KOD KUPON : Kod Kupon adalah Kata Kunci Unik. Pastikan anda mengisi kod Kupon berlainan bagi setiap kupon.


  3. JENIS KUPON :
    1. Tetap : adalah nilai diskaun tetap. Contohnya : RM 10

    2. Peratus : adalah nilai dinamik berdasarkan nilai item.
      - Contohnya jika kadar diskaun = 10%,
      - Jika barang berharga = RM 250
      - Jadi nilai diskaun adalah = RM250 * 10% = RM 25


  4. Kesan Kupon :
    1. Jumlah Harga:
      - Nilai diskaun kupon ditolak terus kepada jumlah harga.
      - FORMULA : (JUMLAH HARGA) - (NILAI KUPON)
      - Walaupun pelanggan membeli 10 item, hanya RM10 (nilai kupon) sahaja ditolak.

    2. Setiap Item:
      - Nilai diskaun didarab dengan bilangan item.
      - FORMULA : (JUMLAH HARGA) - (Bil item)*(nilai kupon)
      - Jika pelanggan membeli 10 item, 10(bil. item)*RM10(nilai kupon) = RM100 akan ditolak.


  5. Nilai Kupon:
    - Masukkan nombor sahaja
    - Nombor perpuluhan (10.50) adalah dibenarkan
    - Sekiranya "Jenis Tetap" dipilih, ia akan ditukar menjadi nilai tetap. ex: 10.50 akan menjadi RM 10.50
    - Sekiranya "Jenis Peratus" dipilih, ia akan ditukar menjadi nilai dinamik. ex: 10.50 akan menjadi 10.5%


  6. Syarat Sah
    - Isikan sekiranya terdapat syarat khas untuk membuatkan kod promo itu sah.
    • Kuantiti minimum
    • Jumlah harga minimum
    • Perlukan produk khas untuk dibeli (Sila tekan kotak untuk memaparkan senarai produk)


  7. Kuantiti Kupon
    - Aktifkan terhad sekiranya anda ingin menghadkan bilangan kupon yang boleh digunakan.
    - Contohnya kupon hanya sah untuk 100 orang pertama sahaja.


  8. Tempoh Sah:
    - Aktifkan jika anda ingin menghadkan tempoh penggunaan kupon.
    - Contohnya kupon hanya sah dalam bulan perayaan sahaja. (Tekan kotak untuk memaparkan pilihan masa/tarikh)


3) Tekan Butang setelah selesai mengisi maklumat kupon anda.

4) kupon terbaru anda akan berada didalam Senarai kupon sebagai # 1.
- Senarai kupon adalah disusun mengikut kepada masa kupon ditambah secara menurun. (Paling Baru Paling Lama) senarai kupon

3.2.2 : Kemaskini Rekod Kupon

1) Cari baris (row) Kupon yang ingin dikemaskini

2) Tekan butang untuk mula kemaskini.
- Lokasi : pada lajur "Tindakan" di hujung baris.
senarai kupon

2) Isi Maklumat kupon.
- Pastikan semua kotak bertanda * diisi dengan lengkap.
- Kod kupon adalah Kata Kunci Unik. Pastikan anda mengisi kod kupon berlainan bagi setiap kupon.

3) Tekan Butang setelah selesai mengisi maklumat kupon anda.

3.1.3 : Padam Rekod kupon

1) Cari baris (row) kupon yang ingin dikemaskini

2) Tekan butang untuk memadam rekod.
- Lokasi : pada lajur "Tindakan" di hujung baris.
senarai kupon

3) Tekan Butang pada popup yang keluar untuk mengesahkan proses memadam rekod.
popup padam kupon

3.2.4 : Penggunaan Kupon (rujuk 3.3)

Cara menggunakan kupon
- Kupon dicipta terlebih dahulu dan diaktifkan semasa membuat/mengemaskini borang.
- Sila rujuk 3.3 penggunaan borang
fungsi kupon

Bahagian 3.3 : Borang (Lokasi: Senarai Borang)

senarai borang

3.3.1 : Tambah Rekod Borang Bina Borang Baru

1) Tekan butang Bina Borang Baru
- Lokasi : Atas Kiri halaman (di bawah tajuk "Senarai Borang").

Borang tambah Borang

2) Isi Maklumat Borang.(Buka untuk penjelasan)

Pastikan semua kotak bertanda * diisi dengan lengkap.

Butiran Borang

  1. Kod Borang
    Kod Borang adalah Kata Kunci Unik. Pastikan anda mengisi kod Borang berlainan bagi setiap Borang.
    Kod Borang hendaklah dibuat berdasarkan kombinasi huruf, nombor, dan simbol dash(-) atau underscore(_).
    Kod Borang juga akan membentuk sebahagian daripada URL borang tempahan.
    Contohnya, jika anda mengisi "Ayam_Penyet", url borang tersebut akan menjadi http://demo.onpay.my/order/form/ayam_penyet

  2. Tajuk Borang
    Isikan tajuk borang yang sesuai dengan produk yang diiklankan.

  3. Penerangan
    Isikan penerangan ringkan tentang produk yang dijual didalam borang ini untuk dipaparkan sebagai keterangan ringkas di senarai borang pada halaman utama anda.

  4. Pilihan Borang
    Tandakan pilihan fungsi tambahan pada borang yang anda ingin aktifkan.
    Anda dinasihatkan untuk menanda "Paparkan bantuan dalam bentuk pop-up" demi membantu bakal pelanggan anda untuk mudah memahami proses pembelian di borang anda.
    Pengesahan automatik untuk jualan tanpa pembayaran bermaksud bagi produk yang tiada pembayaran (percuma), order pelanggan akan disahkan terus secara automatik.
    Landing Page adalah fungsi tidak wajib.
    - Ia berfungsi untuk membawa pelanggan ke url yang ditetapkan sekiranya pelanggan menekan url dari affiliate.

  5. Jenis Jualan
    Sila pilih jenis jualan bagi borang anda.
    Produk Percuma tidak memerlukan proses pembayaran.
    - Sila pastikan anda berhati hati ketika memilih produk. Sebarang kerugian yang berlaku adalah tanggungjawab anda.
    Jualan Produk adalah proses penjualan seperti biasa.
    Pendaftaran Acara adalah proses penjualan tiket.
    - Proses Pendaftaran Acara adalah sedikit berlainan dengan proses penjualan produk. Pelanggan boleh memilih untuk membeli tiket untuk diri sendiri, atau untuk membeli tiket untuk orang lain.

  6. Gaya Aliran
    - Linear bermaksud, semua elemen borang, iaitu proses pembelian dipaparkan secara penuh. (memenuhi page).
    - Berperingkat bermaksud, elemen borang dibahagikan kepada kategori dan hanya dipaparkan apabila pelanggan menekan butang

  7. Gambar
    Sila masukkan gambar sekiranya anda ingin memaparkan gambar bagi borang anda.
    Gambar ini juga akan dipaparkan sebagai gambar borang pada senarai borang di halaman utama anda.
    Saiz cadangan untuk gambar ialah 800px × 400px

  8. Teks
    Isikan keterangan penuh tentang produk yang sedang disenaraikan di dalam borang anda.


Butiran Pelanggan


- Isikan mengikut kesesuaian.
  • Panjang Minimum Untuk Nama
    Fungsi ini adalah untuk mengurangkan spam atau pengisian nama yang tidak betul oleh pelanggan.
    Antara contoh minimum untuk nama adalah 10 karakter.

  • Ruangan Tambahan
    Sila aktifkan sekiranya anda inginkan maklumat tambahan dari pelanggan.
    Contohnya pekerjaan, atau pendapatan pelanggan.


Pengesahan


- Pengesahan berfungsi seperti "Terms & Condition". Anda dinasihatkan mengaktifkan fungsi ini dan mengisi syarat syarat anda demi mengelakkan kejadian yang tidak diingini pada masa hadapan.

Halaman Terima Kasih


- Ini adalah templat halaman terima kasih yang dipaparkan kepada pelanggan setelah mengisi borang anda. Sila tekan butang untuk memaparkan senarai pembolehubah yang boleh digunakan dalam templat ini.

Nombor Invois


- Secara asalnya, nombor invois bagi setiap jualan yang dibuat melalui borang ini ialah nombor jualan sistem. Anda boleh membuat formula untuk menghasilkan nombor invois yang unik berdasarkan pembolehubah-pembolehubah yang disediakan. Anda juga boleh membuat ekspresi matematik untuk melakukan pengiraan untuk menghasilkan nilai yang unik. Untuk membuat ekspresi matematik, anda perlu memasukan pembolehubah dan nilai di dalam kurungan segi empat iaitu [ dan ]. Sebagai contoh, sila tengok formula berikut:
@tahun_pendek-INV-[10000 + @nombor_jualan]

- Sekiranya nilai pembolehubah @tahun_pendek = 16 dan @nombor_jualan = 79.
- Hasilnya adalah:
16-INV-10079

- Sila tekan butang untuk memaparkan popup simulasi formula.

Templat Emel dan Templat SMS


- Sila isikan templat emel dan templat sms yang akan di hantar kepada pelanggan anda.
- Tekan untuk memaparkan pembolehubah yang boleh digunakan dalam proses penulisan templat ini.


3) Tekan Butang untuk simpan borang anda

4) Borang terbaru anda akan berada didalam Senarai Borang sebagai # 1.
- Senarai Borang adalah disusun mengikut kepada masa Borang ditambah secara menurun. (Paling Baru Paling Lama) senarai Borang

3.3.2 : Kemaskini Rekod Borang

1) Cari baris (row) borang yang ingin dikemaskini

2) Tekan butang untuk mula kemaskini.
- Lokasi : pada lajur "Tindakan" di hujung baris.
senarai borang

2) Isi Maklumat Borang.
- Pastikan semua kotak bertanda * diisi dengan lengkap.
- Kod Borang adalah Kata Kunci Unik. Pastikan anda mengisi kod Borang berlainan bagi setiap Borang.

3) Tekan Butang setelah selesai mengisi maklumat Borang anda.

3.3.3 : Padam Rekod Borang

1) Cari baris (row) Borang yang ingin dikemaskini

2) Tekan butang untuk memadam rekod.
- Lokasi : pada lajur "Tindakan" di hujung baris.
senarai Borang

3) Tekan Butang pada popup yang keluar untuk mengesahkan proses memadam rekod.
popup padam Borang