menu tetapan
Mesej Berjaya/Ralat Simpan Tetapan
Apabila anda mengubah tetapan, dan menekan butang untuk menyimpan tetapan, anda akan menerima mesej maklum balas menandakan simpanan anda berjaya atau tidak berjaya.
- Simpanan berjaya.
- Mesej seperti di bawah akan dipaparkan sekiranya simpanan berjaya.
simpanan sistem berjaya
- Simpanan tidak berjaya.
- Mesej ralat akan dipaparkan sekiranya berlaku sebarang ralat. Sila rujuk kepada mesej ralat untuk keterangan tentang masalah yang berlaku. mesej ralat

Bahagian 2.1 : Tetapan Sistem

navbar sistem

2.1.1 : Perniagaan (WAJIB)

Borang penuh tetapan sistem

a) Isikan maklumat anda.
- Item bertanda * adalah wajib diisi.
- Isikan kesemua bahagian ini dengan lengkap. Ini bertujuan untuk digunakan di dalam template sistem (ex: emel, invois etc).

b) Laman Web Perniagaan
- Isi sekiranya anda mempunyai laman web mempromosikan / mempamerkan produk anda seperti blog atau lain.

c) Matawang
- Ringgit Malaysia : RM

d) Maklumat Tambahan
- Tandakan kotak "Paparkan maklumat utama di halaman utama" demi memaparkan maklumat tambahan di halaman utama subdomain anda.
- Contoh:
halaman utama

- Simpan maklumat.
- Setelah selesai mengisi maklumat, tekan butang di bahagian atas kanan borang.

2.1.2 : Ejen (optional)

Borang penuh tetapan sistem

Tandakan jika anda ingin mengaktifkan fungsi ejen.

a) Isikan maklumat anda.
- Item bertanda * adalah wajib diisi.
- Isikan kesemua bahagian ini dengan lengkap. Ini bertujuan untuk digunakan di dalam template sistem (ex: emel, invois etc).

b) Terma dan Syarat
Tujuan terma & syarat sebagai penetapan dan pematuhan kepada undang-undang oleh semua ejen di saat pengguna mendaftar sebagai ejen. Terma dan syarat menyelamatkan penganjur dari terjebak dari tuntutan diluar jangkaan. Terma dan syarat juga boleh digunakan untuk meletakkan batasan terhadap khidmat yang dianjurkan.

c) Formula Nombor Invois Komisyen
Formula ini akan digunakan untuk menentukan format nombor invois bagi komisyen ejen anda. Anda boleh menentukan formatnya menggunakan kod pemboleh ubah yang disediakan.
Contohnya:
Formula:
@tahun_penuh@bulan@hari-@nombor_komisyen
Dimana:
@tahun_pendek = 16
@tahun_penuh = 2016
@bulan = 03
@hari = 26
@nombor_komisyen = 139

akan menghasilkan:
20160326-139
- Simpan maklumat.
- Setelah selesai mengisi maklumat, tekan butang di bahagian atas kanan borang.

2.1.3 : Affiliate (tetapan pembayaran komisen kepada ejen) (optional)

Borang penuh tetapan sistem

Maklumat Konsep Komisen

Secara dasarnya, website akan menyimpan cookies.
Untuk lebih memahami konsep pembayaran "Pertama" / "Terkini",

1) Ejen A mempromosikan link affiliate-nya kepada seorang pelanggan bernama Abu, namun Abu membatalkan hasratnya untuk membeli.
Disini, Ejen A akan disimpan di dalam senarai cookies sebagai penama komisen "pertama".

2) Pada masa yang lain pula, Ejen B juga mempromosikan link affiliate-nya kepada pelanggan yang sama, iaitu Abu, tetapi kali ini, Ejen B berjaya CLOSE SALE.
Ejen B juga akan disimpan di dalam senarai cookies sebagai penama terakhir / "terkini".
Jadi, Pilihan Konsep Komisyen:
Pertama : Ejen A - dibayar komisyen (kerana menimbulkan kesedaran kepada pelanggan)
Terkini : Ejen B - dibayar komisyen (kerana berjaya CLOSE SALE)
Anda bebas untuk memilih konsep komisyen yang anda gemari.

Maklumat Hayat Cookie

Cookies yang disimpan pelayar web seperti Chrome, Firefox dan sebagainya mempunyai tarikh luput. Anda boleh menetapkan tempoh aktif cookie tersebut.
Selain itu, Cookies juga boleh dipadamkan melalui cara manual, ataupun melalui penggunaan software pihak ketiga seperti software pembersih komputer "CCleaner".
- Simpan maklumat.
- Setelah selesai mengisi maklumat, tekan butang di bahagian atas kanan borang.

2.1.4 : Kaedah Pembayaran (Tambah Kaedah di "Tetapan" > "Akaun Bank" / "Kaedah Pembayaran Lain") (WAJIB)

Borang penuh tetapan sistem

Tambah Kaedah Pembayaran

Sila layari halaman:
1) Tambah Akaun Bank : Tekan Pautan Ini
borang tambah akaun bank
2) Tambah Kaedah Pembayaran Lain : Tekan Pautan Ini
Anda boleh mengakses halaman ini dari navbar (menu navigasi) anda iaitu dari:


Penetapan Akaun PayPal

Borang tambah Paypal

Payment Data Transfer (optional)
PayPal will post a token associated with the transaction, and you will need to send this token back to PayPal in order to obtain the payment details associated with the transaction. Based in the CGI script that you write for the page associated with the Return URL, you may dynamically post transaction details and confirmation that the payment has been completed to your customer. To use Payment Data Transfer, you must be able to support this notification system.
Sumber rujukan


Cara mendapatkan Token Identity Paypal:
Jika anda tiada akaun Paypal, sila daftar di : Klik Sini untuk ke halaman utama PayPal
1) Sila Log Masuk akaun PayPal

2) Akses halaman Profil Anda : Halaman Profil (Perlu Log Masuk).
- Tekan Butang "My Selling Tools"
navbar profile paypal

3) Tekan pada pilihan "Instant Payment Notification".
IPN
- Tekan butang "Choose IPN setting" di bahagian paling bawah.
- Masukkan URL IPN dari halaman tetapan paypal:
- kod AR IPN
- Save untuk simpan tetapan paypal.

4) Tekan pada pilihan "Website Preference"
web preference
Aktifkan "Auto Return"
- Isikan "Return URL": Copy dari halaman tetapan paypal:
- kod AR IPN

Aktifkan "Payment Data Transfer".
- ubah setting "Encrypted Website Payment" : OFF
- ubah setting "Paypal Account Optional" : ON
- ubah setting "Contact Telephone Number" : OFF
- ubah setting "Express Checkout" : NO
5) Save dan copy Kod Token Identiti.
- Gunakan kod yang di"copy" kedalam tetapan paypal OnPay.

CAS PENGENDALIAN

SARANAN CAJ PENGENDALIAN:

Kategori Jarak Kadar Cas per Transaksi
WEBSITE Malaysia -> Malaysia 3.9% + RM2.00
Malaysia -> Luar Negara 4.4% + Cas Tetap berdasarkan Matawang

Rujukan Cas Transaksi PayPal

Penetapan Akaun iPay88

Borang ipay88 1) Isikan Kod Pedagang iPay88 dan Kod Kunci Pedagang iPay88 kedalam kotak berkaitan.
2)masukkan caj pengendalian sekiranya diperlukan.

Saranan Kadar Cas Pengendalian :
- Credit Card : 4%
- Interbank-Transfer : 4%

Penetapan Akaun MOLPay

Borang molpay 1) Log masuk ke akaun MOLPay anda.
2) Tetapkan Return URL seperti di dalam halaman "Tetapan MOLPay" di OnPay.
3) Tetapkan Notification URL seperti di dalam halaman "Tetapan MOLPay" di OnPay.
4) Tetapkan Callback URL seperti di dalam halaman "Tetapan MOLPay" di OnPay.
5) Masukkan ID Pedagang dan Kunci Pengesahan ke dalam tetapan MOLPay di OnPay.

Penetapan Akaun senangPay

1) Log masuk ke akaun senangPay anda dan buka halaman tetapan profil senangPay.

navigasi ke halaman tetapan profil senangPay
2) Tetapkan Return URL seperti di dalam halaman "Tetapan senangPay" di OnPay.
3) Tetapkan Callback URL seperti di dalam halaman "Tetapan senangPay" di OnPay.
4) Masukkan ID Pedagang dan Kunci Pengesahan ke dalam tetapan senangPay di OnPay.
navigasi ke halaman tetapan profil senangPay

Penetapan Fungsi CEK

1) Isikan keterangan yang anda ingin paparkan di bahagian keterangan cek pada borang anda.

Penetapan Fungsi Wang Pos

1) Isikan keterangan yang anda ingin paparkan di bahagian keterangan Wang Pos pada borang anda.
- Simpan maklumat.
- Setelah selesai mengisi maklumat, tekan butang di bahagian atas kanan borang.

2.1.5 : Emel (Tetapan Fungsi Notifikasi / SMTP)

Borang emel
NOTIFIKASI
- Sila tandakan notifikasi yang anda ingin aktifkan.
- Setiap notifikasi akan dihantar atas setiap kali "event" tersebut berlaku.

Penetapan Emel SMTP (HANYA PENGGUNA ADVANCE)

Borang emel smtp
Sila pastikan anda tahu apa yang anda akan buat.
Pastikan semua kotak bertanda * diisi.
- Simpan maklumat.
- Setelah selesai mengisi maklumat, tekan butang di bahagian atas kanan borang.

2.1.6 : SMS (Tetapan Fungsi SMS) (optional)

Borang emel
NOTIFIKASI
- Sila tandakan notifikasi yang anda ingin aktifkan.
- Setiap notifikasi akan dihantar atas setiap kali "event" tersebut berlaku.
- Setiap SMS yang dihantar adalah tertakluk kepada had kredit.

Kadar Cas Kredit SMS

Kredit Harga
1 Kredit RM0.09
500 RM45.00
1,000 RM90.00
2,000 RM175.00
3,000 RM255.00
5,000 RM410.00
10,000 RM790.00
- Simpan maklumat.
- Setelah selesai mengisi maklumat, tekan butang di bahagian atas kanan borang.

2.1.7 Invois (Tetapan Templat Invois yang dihantar kepada pelanggan)

Borang invois

Tetapkan Pilihan Templat Kepala Invois dan Masukkan Gambar (Papar untuk preview hasil akhir)

Gambar yang disarankan dimasukkan adalah seperti logo korporat syarikat.
Contoh output yang dihasilkan mengikut pilihan.

1) Teks sahaja:

invois teks paid
invois teks unpaid


2) Gambar di tepi (Saiz cadangan: 880px untuk lebar maksimum, 150px untuk tinggi maksimum)

invois gambar tepi paid
invois gambar tepi unpaid


3) Gambar di atas (Saiz cadangan: 1400px untuk lebar maksimum)

invois gambar tepi paid
invois gambar tepi unpaid

Isikan Teks Status Pembayaran

Borang invois status
1) Anda boleh memasukkan teks bagi status "sah" dan "tidak sah". Sebagai contoh, anda boleh memasukkan teks:
- Status tidak sah : "Payment Pending"
- Status sah : "PAID"

2) Anda juga boleh memilih warna untuk paparan status ini. Tekan kotak input untuk memaparkan popup pilihan warna. input warna status pembayaran


Status ini akan dipaparkan pada bahagian atas kanan, di bawah kepala invois.

invois gambar tepi paid
invois gambar tepi unpaid

Tekan Butang Simpan: (Lokasi: Kanan Atas)

Tekan Butang Previu untuk paparkan contoh invois

gambar butang preview

preview invois

Bahagian 2.2 : Tetapan Templat Emel

navbar tetapan sistem emel

2.2.1 Tetapan Templat Emel Pendaftaran Ejen

borang templat emel ejen
Isikan penulisan templat yang anda ingin paparkan ke dalam emel notifikasi ejen : Pendaftaran Ejen.
Anda boleh menggunakan pembolehubah di bawah dalam penulisan templat emel anda:
Borang pembolehubah emel
Contoh Penulisan Templat Emel Pendaftaran Ejen
Salam sejahtera {nama_pertama_ejen}.

Permohonan anda untuk melakukan penetapan semula kata laluan ejen telah berjaya.

ID Ejen: {id_ejen}

Kata Laluan Baru Sementara: {kata_laluan_baru}

Anda dinasihatkan untuk log masuk ke akaun anda di {url_ejen} dan menukar kata laluan baru sementara kepada kata laluan anda yang tersendiri.

Jika anda menghadapi sebarang masalah atau mempunyai sebarang pertanyaan, kirimkan pesanan anda kepada kami di {emel_perniagaan}.

Sekian, terima kasih.

Ikhlas,
{nama_pemilik}
{laman_web_perniagaan}


Butiran yang direkodkan semasa permohonan dilakukan:
Masa: {masa}
Tarikh: {tarikh}
IP: {ip_ejen}
Browser: {browser_ejen}
Tekan butang simpan :

2.2.2 Tetapan Templat Emel Tetapan Semula Kata Laluan Ejen

borang templat emel ejen
Isikan penulisan templat yang anda ingin paparkan ke dalam emel notifikasi ejen : Penetapan Semula Kata Laluan.
Anda boleh menggunakan pembolehubah di bawah dalam penulisan templat emel anda:
Borang pembolehubah emel
Contoh Penulisan Templat Emel Pendaftaran Ejen
Salam sejahtera {nama_pertama_ejen}.

Permohonan anda untuk melakukan penetapan semula kata laluan ejen telah berjaya.

ID Ejen: {id_ejen}

Kata Laluan Baru Sementara: {kata_laluan_baru}

Anda dinasihatkan untuk log masuk ke akaun anda di {url_ejen} dan menukar kata laluan baru sementara kepada kata laluan anda yang tersendiri.

Jika anda menghadapi sebarang masalah atau mempunyai sebarang pertanyaan, kirimkan pesanan anda kepada kami di {emel_perniagaan}.

Sekian, terima kasih.

Ikhlas,
{nama_pemilik}
{laman_web_perniagaan}


Butiran yang direkodkan semasa permohonan dilakukan:
Masa: {masa}
Tarikh: {tarikh}
IP: {ip_ejen}
Browser: {browser_ejen}
Tekan butang simpan :

2.2.3 Tetapan Templat Emel Pembayaran Komisen

borang templat emel komisen ejen
Isikan penulisan templat yang anda ingin paparkan ke dalam emel notifikasi ejen : Pembayaran Komisen.
Anda boleh menggunakan pembolehubah di bawah dalam penulisan templat emel anda:
Borang pembolehubah emel
Contoh Penulisan Templat Emel Pendaftaran Ejen

Salam sejahtera {nama_pertama_ejen}.

Tahniah! Pembayaran komisyen affiliate telah dilakukan ke akaun anda. Maklumat pembayaran komisyen affiliate adalah seperti berikut:

=====================================================================
Maklumat Pembayaran Komisyen
=====================================================================
ID Affiliate Anda: {id_ejen}
Nama Anda: {nama_pertama_ejen}

Jumlah Komisyen: {matawang} {nilai_pembayaran}
Tarikh Pembayaran: {tarikh_pembayaran}

Nota Pembayaran:
{nota_pembayaran}

=====================================================================

Kami amat berbesar hati kerana telah berpeluang untuk bekerjasama dengan anda.

Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada {nama_pertama_ejen} kerana telah mempromosikan produk kami.

Teruskan usaha promosi yang {nama_pertama_ejen} jalankan dan raih lebih komisyen daripada kami.

Sekiranya {nama_pertama_ejen} mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di {emel_perniagaan}.

Sekian, terima kasih.

Ikhlas,
{nama_pemilik}
{laman_web_perniagaan}
Tekan butang simpan :

2.2.4 Tetapan Templat Emel Ucapan Hari Lahir

borang templat emel ucapan hari lahir
Isikan penulisan templat yang anda ingin paparkan ke dalam emel notifikasi ejen : Ucapan Hari Lahir.
Anda boleh menggunakan pembolehubah di bawah dalam penulisan templat emel anda:
Borang pembolehubah emel
Contoh Penulisan Templat Emel Pendaftaran Ejen

Salam sejahtera {nama_pertama_ejen}.

Tahniah! Pembayaran komisyen affiliate telah dilakukan ke akaun anda. Maklumat pembayaran komisyen affiliate adalah seperti berikut:

=====================================================================
Maklumat Pembayaran Komisyen
=====================================================================
ID Affiliate Anda: {id_ejen}
Nama Anda: {nama_pertama_ejen}

Jumlah Komisyen: {matawang} {nilai_pembayaran}
Tarikh Pembayaran: {tarikh_pembayaran}

Nota Pembayaran:
{nota_pembayaran}

=====================================================================

Kami amat berbesar hati kerana telah berpeluang untuk bekerjasama dengan anda.

Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada {nama_pertama_ejen} kerana telah mempromosikan produk kami.

Teruskan usaha promosi yang {nama_pertama_ejen} jalankan dan raih lebih komisyen daripada kami.

Sekiranya {nama_pertama_ejen} mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di {emel_perniagaan}.

Sekian, terima kasih.

Ikhlas,
{nama_pemilik}
{laman_web_perniagaan}
Tekan butang simpan :

Bahagian 2.3 : Akaun Bank + Kaedah Pembayaran Lain

Sila rujuk artikel 2.1.4

Bahagian 2.3 : Tetapan Penghantar / Kurier

Borang kurier

Tambah Kurier (isikan maklumat dan tekan )

Sila gunakan borang di bawah untuk menambah kurier. Isikan maklumat dengan tepat.

Borang kurier

Kemaskini/Padam Kurier Tekan Butang (Kemaskini: ) (Padam: )

KEMASKINI:
1) Tekan butang Kemaskini .
2) Borang tambah kurier akan bertukar menjadi borang kemaskini kurier. Pilihan kurier yang sedang dikemaskini akan ditanda dengan warna biru seperti gambar di bawah.
3) Kemaskini maklumat yang diinginkan dan tekan butang

Borang kemaskini kurier

PADAM:
1) Tekan butang pada pilihan kurier yang ingin dipadam.
2) Tekan di kotak popup pengesahan pemadaman.

Borang kemaskini kurier

Bahagian 2.4 : Label Penghantaran (Cetakan Label Borang Pos Laju) (PRINT)

Borang Pos laju

Tetapan Saiz Cetakan Kertas Khas (Saiz Borang Pos Laju) (Lebar × Tinggi = 210 mm × 101mm)

Anda boleh rujuk tutorial Bahasa Inggeris di bawah:

1) Buka Control Panel.


(Windows vista Windows 10) = Tekan "start" dan taip "Control Panel"

buka control panel Windows 10

(Windows xp) = Tekan "start" "settings" "Control Panel"

buka control panel Windows XP

Mana mana windows = Buka "My Computer" Taip "Control Panel" pada "address bar".

buka control panel guna address bar

2) Tekan "View Devices and Printers"

3) Buka "Print Server Properties"

a) Tekan mana-mana printer yang ada
b) Tekan "Print Server Properties" pada bahagian atas.
Print Server Properties

4) Tandakan kotak "Create New Form". Isikan saiz (Lebar × Tinggi = 21 cm × 10.1 cm)

Tandakan kotak Create New Form dan isikan saiz seperti di bawah.
Tekan "OK"
new Print Server Properties

Isi Maklumat Anda kedalam Borang Pos Laju

Sila isikan maklumat anda dengan lengkap. Maklumat ini akan digunakan bagi setiap percetakan borang pos laju.
Maklumat pelanggan akan di masukkan secara automatik apabila anda menekan butang di Senarai Jualan. isi borang label pos laju

Cara Cetak Label Penghantaran Pelanggan

Anda boleh mencetak label pos laju pelanggan melalui :
1) Log masuk kepada halaman dashboard admin anda.
2) Buka Senarai Jualan.
3) Tekan butang bagi pelanggan yang dikehendaki.
4) Pilih Pos Laju.
5) Tekan butang Jana Label


Nota : Hanya pembayaran yang disahkan sahaja dibenarkan untuk menjana label penghantaran.
senarai jualan

Bahagian 2.5 : Senarai Hitam ID Ejen

borang senarai hitam ejen


Fungsi Senarai Hitam

Fungsi ini membolehkan anda menetapkan ID Ejen yang tidak boleh digunakan oleh ejen-ejen anda sebagai ID mereka.
Hal ini adalah demi mengelakkan penipuan yang mungkin berlaku terhadap pelanggan. Contohnya, sekiranya ejen mendaftar sebagai admin, maka mereka boleh menyamar sebagai admin/pemilik bisnes anda dan menipu pelanggan.
Contoh-contohnya ayat yang tidak boleh digunakan adalah:
  • admin
  • owner
  • pemilik
  • billing
  • janganreply
  • mail
  • help
  • customerservice
  • service

Atau sebagainya mengikut keperluan anda.
Tambah Rekod Senarai Hitam
1) Isikan ID Ejen yang ingin disenarai hitam.
2) Tekan butang


Padam Rekod Senarai Hitam
1) Tekan butang pada lajur ejen yang ingin dipadamkan rekod senarai hitam.

Bahagian 2.6 : Profil Akaun (Kemaskini maklumat akaun)

borang profil akaun

1) Anda boleh mengemaskini maklumat akaun anda melalui borang tetapan ini.
2) Sila lengkapkan borang ini dan tekan butang

Bahagian 2.7 : Tukar Kata Laluan (Kemaskini Kata Laluan)

borang tukar kata laluan

1) Sila isikan kata laluan sekarang pada kotak pertama, dan isikan kata laluan baru kedalam kotak kedua dan ketiga.
- Kata laluan mestilah sekurang-kurangnya 8 huruf
2) Sila lengkapkan borang ini dan tekan butang