INFO : Kegunaan Jana Laporan

Fungsi utama hebahan adalah untuk menghantar mesej kepada penerima (prospek, bekas pelanggan, dan ejen). Hebahan boleh digunakan untuk memaklumkan penambahan produk, penambahan servis, perubahan bisnes, promosi atau apa sahaja tujuan yang mampu anda imiginasikan.
Anda boleh akses halaman hebahan ini melalui menu dropdown Hebahan dari navigation bar di atas.

Bahagian 12.1: Pilih Medium Penjanaan Senarai Penerima

Anda boleh menjana senarai penerima hebahan melalui dropdown hebahan. Tiga medium utama adalah:
  1. Kumpulan
    - Tiga kumpulan utama adalah:
    1. Ejen
    2. Prospek - Prospek terbahagi kepada kumpulan prospek. Anda boleh memilih untuk menghantar kepada semua prospek atau kepada hanya kumpulan prospek yang tertentu.
    3. Pelanggan -

  2. Jualan - Anda boleh menggunakan sejarah jualan untuk menjana senarai penerima hebahan. Anda juga boleh menapis senarai yang dijana menggunakan kotak input yang disediakan.

    Tekan untuk papar borang tapisan penjanaan senarai penerima hebahan

    jana senarai melalui jualan

  3. Peserta - Anda boleh menggunakan rekod peserta untuk menjana senarai penerima hebahan. Anda juga boleh menapis senarai yang dijana menggunakan kotak input yang disediakan.

    Tekan untuk papar borang tapisan penjanaan senarai penerima hebahan

    jana senarai melalui jualan
Tekan butang untuk menjana senarai

Bahagian 12.2: Pilih Medium Hebahan

Terdapat dua medium hebahan yang disediakan.
  1. SMS - Hebahan melalui SMS memerlukan kredit SMS.

    Papar cara untuk menambah nilai kredit SMS

    Sila tekan butang Top Up Kredit SMS (Kotak Merah di dalam gambar) di halaman utama dashboard admin di bahagian tengah kanan. dashboard admin
  2. Emel - Anda boleh mengubah tetapan emel di Tetapan Sistem Emel

Bahagian 12.3: Ubahsuai Kandungan Hebahan

Tag-tag di bawah boleh digunakan untuk memasukkan maklumat yang sesuai ke dalam emel / SMS.
Kategori Tag
Ejen
  1. {nama_pertama} - Nama pertama ejen
  2. {nama_akhir} - Nama akhir ejen
  3. {id_ejen} - ID ejen
Prospek {nama} - Nama prospek
Pelanggan {nama} - Nama pelanggan
Peserta {nama} - Nama peserta

Bahagian 12.4: Papar sejarah dan status hebahan

Akses halaman sejarah hebahan melalui menu navigasi di atas iaitu dari dropdown Hebahan Sejarah
Antara maklumat penting yang dipaparkan di halaman sejarah hebahan adalah:
  1. Tugasan - Dari mana senarai hebahan dijana
  2. Protokol - Medium hebahan (SMS / Emel)
  3. Pencapaian - Rekod Maklum Balas sama ada hebahan sampai kepada penerima atau tidak.
  4. Mula - Tarikh dan masa hebahan dimulakan.
  5. Tamat - Tarkih dan masa hebahan berakhir/berhenti.
  6. Status - Rekod hebahan yang selesai akan dilabel dengan SELESAI
  7. Papar Kandungan Hebahan - Tekan butang untuk memaparkan kandungan hebahan yang telah dihantar.