Label pendaftaran akaun

Bahagian 1.1 : Pendaftaran Akaun OnPay

1.1.1 Layari laman web https://onpay.my/register untuk mendaftar.

Borang penuh pendaftaran akaun
Anda akan dibawa kepada halaman pendaftaran yang mengandungi borang seperti di bawah: Borang penuh pendaftaran akaun

1.1.2 Pilih Subdomain

gambar input box subdomain
Panduan pemilihan subdomain:
1) Subdomain mestilah unik.
2) Minimum 3 karakter huruf.
3) Maksimum 30 karakter huruf.
4) Nama subdomain hendaklah mengandungi kombinasi abjad, nombor, dash dan underscore sahaja.
Cadangan pemilihan subdomain:
1) Nama Syarikat anda
2) Nama Produk anda
3) Nama Bisnes anda

Contohnya, sekiranya anda mengisi "carimakan" didalam kotak subdomain, maka alamat url anda ialah carimakan.onpay.my
Peringatan:
1) Subdomain adalah unik. Anda tidak dibenarkan mendaftar subdomain yang sama dengan subdomain yang telah didaftarkan.
2) Anda hanya dibenarkan mendaftar satu subdomain bagi setiap akaun.
3) Subdomain tidak boleh di tukar selepas pendaftaran.
Sebarang kesilapan dalam pengisian borang akan dipaparkan kesilapan yang berlaku. Sila rujuk paparan tersebut untuk memperbetulkan kesilapan anda.

1.1.3 Isi emel

gambar input box emel
Panduan pengisian emel:
1) Hanya emel yang sah format sahaja diterima:
   Format emel: nama_emel@domain.suffix
   Contoh emel : ahmad@gmail.com
2) Hanya emel yang belum didaftarkan sahaja yang dibenarkan. Emel yang telah wujud di dalam pangkalan data tidak akan dibenarkan untuk digunakan.
Maklumat tambahan tentang Emel:
Anda juga boleh menggunakan emel sebagai ID Admin semasa proses Log Masuk (Log In) sekiranya anda terlupa ID Admin anda.
Peringatan:
Sekiranya anda telah memilih "ahmad@gmail.com", maka emel notifikasi tentang pendaftaran akaun akan dihantar kepada emel tersebut.
Anda perlu mengakses emel ini demi mengesahkan pendaftaran akaun anda.

1.1.4 Pilih ID dan Kata Laluan:

gambar input box id password
Panduan pemilihan ID / Kata Laluan:
ID:
  1) ID mestilah unik.
  2) ID Admin hendaklah mengandungi kombinasi abjad, nombor, dash dan underscore sahaja.
  3) Demi tujuan keselamatan, anda dinasihatkan untuk memilih ID yang hanya diketahui oleh anda.
  4) Hanya 30 kombinasi karakter sahaja yang dibenarkan.


Kata Laluan:
  1) Anda dibenarkan memilih apa sahaja kombinasi kata laluan yang anda inginkan.
  2) Demi tujuan keselamatan, anda dinasihatkan untuk memilih Kata Laluan yang hanya diketahui oleh anda.
  3) Hanya 30 kombinasi karakter sahaja yang dibenarkan.
  4) Sila isikan kombinasi kata laluan yang sama demi tujuan pengesahan di kotak pengesahan kata laluan.
Cadangan pemilihan ID / Kata Laluan:
1) Anda digalakkan untuk menggunakan ID dan Kata Laluan yang mudah diingati oleh anda kerana ID ini akan digunakan sebagai "username" untuk proses log masuk sistem.
2) Anda dibenarkan memilih apa sahaja kombinasi kata laluan yang anda inginkan.
Peringatan:

PENTING : JANGAN KONGSI ID DAN KATA LALUAN ANDA KEPADA PIHAK KETIGA.


1) ID adalah unik bagi subdomain anda. ID yang wujud di dalam subdomain lain masih boleh digunakan bagi subdomain anda kerana ID didaftarkan unik di bawah setiap subdomain.
2) Anda boleh mengubah ID Admin anda selepas Log Masuk (log in) dan mengakses "Profil Akaun" melalui menu "Tetapan" di bahagian atas kanan menu navigasi (navbar).
gambar menu profil
3) Kata Laluan juga boleh diubah melalui menu "navbar" "Tetapan">"Tukar Kata Laluan" di bawah menu "Profil Akaun".

1.1.5 Isi Maklumat Profil Diri:

gambar input box profil anda
Panduan:
Nama:
  1) Anda dibenarkan untuk mengisi apa-apa sahaja kombinasi karakter yang diinginkan.

Nombor HP:
  1) Nombor HP hanya akan menerima kombinasi nombor, dash (-) dan tambah (+).
  2) Sila masukkan Nombor HP mengikut salah satu format di bawah:
i) prefix+suffix
0123456789
ii) prefix+(-)+suffix
012-3456789
iii) "Kod Negara"+(-)+prefix+suffix
6012-3456789
iv) (+)+"Kod Negara"+(-)+prefix+suffix
+6012-3456789

Jantina:
  Sila pilih antara Lelaki atau Perempuan.

Tarikh Lahir:
  Sila tekan kotak input atau ikon kalendar untuk memaparkan kalendar bagi memudahkan proses pemilihan tarikh. gambar datepicker
  Format tarikh yang terbaik adalah seperti berikut: "30 Mac 2016"
Cadangan pengisian Profil Pengguna:
1) Nama anda perlulah NAMA PENUH ANDA untuk tujuan rasmi Syarikat seperti Invois, email dan lain-lain.
2) Pastikan No. HP anda boleh dihubungi jika terdapat masalah berkenaan akaun anda jika tidak dapat
Peringatan:
1) Anda boleh mengubah maklumat profil anda selepas Log Masuk (log in) dan mengakses "Profil Akaun" melalui menu "Tetapan" di bahagian atas kanan menu navigasi (navbar). gambar menu profil

1.1.6 Pengesahan spam / robot (reCAPTCHA).

gambar reCAPTCHA
Sila tandakan kotak "Saya Bukan Robot" untuk memaparkan soalan pengesahan.

Borang penuh pendaftaran akaun
Jawab soalan dengan betul untuk mengesahkan bahawa anda bukan robot/spam.

1.1.7 Klik butang   

Setelah butang ditekan, anda akan dibawa kepada halaman pengesahan penerimaan pendaftaran. Anda akan menerima mesej seperti berikut:


Halaman Terima Kasih atas pendaftaran

Bahagian 1.2 : Pengaktifan Akaun OnPay

1.2.1 Semak emel bertajuk "Pendaftaran Akaun OnPay".

gambar emel baru masuk
Sila buka emel dari "admin@onpay.my" yang bertajuk "Pendaftaran Akaun OnPay: subdomain_anda.onpay.my" gambar penuh mesej

1.2.2 Tekan hyperlink pengaktifan akaun.

Sila tekan hyperlink pengaktifan di dalam emel seperti di bawah:

gambar penuh mesej

1) Sila gunakan hyperlink (#1).
2) Sekiranya hyperlink (#1) gagal berfungsi, sila klik hyperlink (2.1) untuk pengaktifan secara manual. Copy kod pengaktifan dari rajah (2.2) dan gunakan di halaman pengaktifan. gambar penuh mesej

Sila pastikan anda copy & paste kod pengaktifan demi mengelakkan ralat "kod pengaktifan tidak sah" seperti di bawah:

gambar kod tidak sah

1.2.3 Pengaktifan Akaun OnPay Berjaya.

gambar pengaktifan berjaya

Bahagian 1.3 : Log Masuk Akaun OnPay

1.3.1 Layari halaman Log Masuk Akaun anda.

Terdapat dua cara untuk melayari halaman log masuk untuk akaun anda:
1) Layari halaman utama anda "subdomain_anda.onpay.my"
  1. Contoh: demo.onpay.my
  2. Tekan butang di bahagian atas kanan halaman utama anda.
  3. gambar halaman utama
2) Layari "subdomain_anda.onpay.my/admin"
  1. Contoh: demo.onpay.my/admin


Anda akan dibawa ke halaman seperti di bawah: gambar halaman log masuk

1.3.2 Masukkan ID Admin dan Kata Laluan.

1.2.3 Log Masuk Akaun OnPay Berjaya.

gambar log in berjaya
Sekiranya proses log masuk berjaya, anda akan dibawa ke halaman Dashboard Admin seperti di atas:


gambar log in berjaya Sekiranya ralat "ID atau Kata Laluan salah" terpapar, sila:
  1. Isikan semula ID dan Kata Laluan
  2. Tekan hyperlink Terlupa Kata Laluan